Thursday, December 27, 2007

Catatan Tugasan Harian Part2

27.12.2007
Khamis

Pada hari ini aku melakukan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan tugasanku.
Mesyuarat Pendaftaran Tingkatan 1
Mesyuarat disempurnakan oleh En Rashid Abd Rahman,GPK HEM dan Pn Johty, Penyelaras Pendaftaran Tingkatan 1. Dalam mesyuarat ini kami diberi penerangan secara terperinci tentang perjalanan program pendaftaran murid Tingkatan 1 pada 1 Januari 2007. Saya diamanahkan bertugas sebagai AJK Persiapan Tmpat dan Kawalan Keselamatan. Dalam masa yang sama Saya dimaklumkan pada hari tersebut juga Kelab KEBIRU kendalianku dikehendaki mengadakan jualan makanan dan minuman bagi semua ibubapa yang hadir.
Makan Roti Canai
Pada waktu rehat sangat memboringkan. Tempahan makanan yang ditempah datang lewat dari jadual. Perutku merasa keroncong. Mujur Cikgu Shalmi dan Khairul Nizam mengalami nasib yang sama. Kami ke Restoran India Muslim. Tempahan lambat tiba. Kami lewat ke mesyuarat bagi sesi kedua untuk penyelaras-penyelaras unit HEM. Mujur pada waktu itu bilik mesyuarat sedang mendengar taklimat MAA Takaful. Rasa pelik juga kenapa syarikat insuran menyibuk sangat mencari pelanggan dikalangan guru. Apa diluar sudah tudak cukup makan. Mohon pihak kementerian Pelajaran keluarkan secara bertulis not larangan kemasukan ejen begini. Mereka ini mengganggu perjalanan aktiviti di dalam sekolah. Sebagai contoh Masa yang diuntukkan untuk mesyuarat selama 2 jam telah bertambah sebanyak 2 jam 45 minit.
Mesyuarat Pertama Penyelaras-penyelaras Unit HEM
Jam :11.15
Tugasan: Pencatat Minit Mesyuarat
Kehadiran: Semua Penyelaras Unit HEM

Bil Perkara
1 Ucapan alu-aluan GPK HEM

-Ucap selamat menghadirkan diri dalam mesyuarat.
-Dapat menjalankan tugasan dengan cemerlang
-Buat pendokumantasian terhadap semua aktiviti yang
dijalankan.

2. Perlantikan/Pengesahan Penyelaras-Penyelaras Unit HEM

-En Rashid membacakan senarai nama penyelaras yang dilantik
secara lisan berdasarkan Buku Panduan Guru dan Staf Edisi 7
Tahun 2008 ms 83.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

3. Format Laporan Terperinci Unit HEM

-En Rashid membacakan dengan terpinci dan jelas tentang visi dan
misi unit HEM menjlang 2010.
-Mengenai pengurusan fail semua unit ia akan dipantau setiap
masa
-Wujudkan semua fail yang tersenarai dalam lampiran
-Carta organisasi induk mengikut dalam buku panduan Guru & Staf
-Format laporan mengikutgaris panduan yang dilampirkan
-Setiap AJK dilantik secara dalaman perlu diberi sijil
-Laporan rasmi unit HEM yang tersenarai perlu hantar ke PPD
ikut jadual yang ditetapkan.
4 Pelan tindakan dan operasi

-Perlu disediakan sekurang-kurangnya satu aktiviti.

5. Laporan Minit Mesyuarat

-Setiap unit perlu adakan mesyuarat. Laporan minit perlu didokumentasikan

6. Fail Meja

-Setiap unit perlu sdiakan fail meja masing-masing. Bekalan minta pada GPK KM

7. Hal-hal lain

Polisi keselamatan
Perkara 8: Pergerakan pelajar dengan tujuan mewakili sekolah perlu dititik
beratkan pada tahun 2008.
Semua aktiviti sukan perlu dikeluarkan surat makluman
Setiap permainan perlu ada target dan latihan
Borang akur janji perlu dikeluarkan kepada semua peserta

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengah hari

Mesyuarat Pertama AJK Kelab KEBIRU Sesi 2007/2008

Ucapan Alu-aluan

Ucap selamat datang kepada semua ajk baru yang dilantik.
Mohon mendapat kerjasama dri semua ahli.
Akan meneruskan kesinambungan aktiviti sesi 2007/2008

Pembentukan AJK KEBIRU 2008

Penaung
Pn Hjh Saleha Bt Kasmani
Pengetua SMK Bandar Seri Alam

Pengerusi
En Yatiman Bin Kamsidin

Naib Pengerusi
Cik Norini Bt Muhairi

Setiausaha 1
Cik Noorhana Bt Ibhraim

Setiausaha 2
Pn Tee Ting Chia

AJK Kceil

Biro Jamuan : Pn Ngu dan Pn Johty
Biro Keceriaan : Cik Norul Hanuni dan Cik Hapsah
Biro Kebajikan : Cik Norhaslinda
Biro Ekonomi : En Rahim
Perkembangan Staf : En Khairul Nizam & En Mat Esa
Biro Sukan : En Mohd Asyraf
Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Kemaskini Pendaftaran

Diuruskan oleh Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha

Masukkan data yuran Guru RM100.00 dan Staf RM50.00
Kematian: RM100
Sakit : Buah tangan/ikut kesesuaian
Tambahan: Juru Audit

Aktiviti Tahun 2008

1. Kursus Profesionalisme Guru & Staf 2008

2. Hari Keluarga : Pulau Sibu/Pulai Tioman

3. Pendahuluan Perbelanjaan Semua Aktiviti Sukan

4. Hari Guru

5. Jamuan Akhir tahun

6. Sambutan Hari Perayaan

7. Jualan harian/Ikut Program
-Air Kotak
-Kuih/Nasi Lemak
-Hari Pendaftaran
-Hari terbuka
-Tuala Wanita
-Jualan Buku Minit Mesyuarat

8. Bengkel Masakan/ Bengkel Jahitan/Bengkel Sulaman

9. Aktiviti Senamrobik

10. Aktiviti Rekreasi/Sukan/Permainan

11. Sumbangan/Kutipan Derma

-Khairat Kematian
-Perubatan
-Cenderamata Kelahiran anak pertama
-Cenderamata Perkahwinan
-Cenderamata Guru Ganti
-Cenderamata Guru/Staf Pindah

12. Jamuan Perpisahan

13. Keceriaan Bilik Guru 2 kali setahun

Catatan Harian Tugasan Hidupku Part1

26.12.2007
Rabu
Sesi persekolahan 2008 menjelang tiba. Tentu rakan-rakan guru sudah kembali ke tempat bertugas masing-masing. Sama keadaan dengan suasana di sekolah ku, rakan-rakan guru dari seluruh negara telah menghadirkan diri samada dengan sukarela atau paksa rela. Pada hari ini aku melakukan beberapa perkara yang penting dalam hidupku iaitu:

a. Aku menghadiri mesyuarat guru kali pertama bagi pembukaan sesi persekolahan tahun 2008.

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut:

- Mendengar taklimat dan saranan dari pihak pengetua bagi memastikan perjalanan
sekolah adalah lancar.
- Semua pelajar mendapat buku percuma kecuali bukan warganegara/pelajar yang menolak
bantuan.
-